MESYUARAT HISBAH PUSAT SASARKAN SIFAR MAKSIAT

HAYYU SABI',27 Feb - Mesyuarat Hisbah peringkat Pusat PMRAM baru-baru ini telah bersetuju memperkasakan sebarang usaha membanteras gejala sosial bagi mencapai matlamat sifar maksiat di kalangan mahasiswa/wi Malaysia Mesir.

Mesyuarat yang diadakan di Rumah Pulau Pinang pada 27 Februari 2010 yang lalu telah dihadiri seluruh wakil-wakil hisbah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) termasuk wakil dari BKAN Terengganu sendiri.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ustaz Nasrul Ikmal Nerudin itu berjaya merungkaikan pelbagai permasalahan yang berlaku di kalangan mahasiswa Malaysia disini.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau menegaskan kepada setiap wakil hisbah agar mengambil komitmen yang padu dalam membanteras sebarang gejala sosial yang berlaku di Mesir ini.

Pada mesyuarat tersebut juga, seluruh kepimpinan hisbah di setiap peringkat bersetuju bekerjasama bersama badan induk PMRAM dan Unit Hisbah bagi menjayakan misi 'Sifar Maksiat' di kalangan mahasiswa/wi Malaysia Mesir.

0 comments: